Data Tuntutan Pengangguran Kurang Baik, Bagaimana Dengan Reaksi Pasaran?

186

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu walaupun pasaran buruh mencatat pemulihan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, peningkatan vaksinasi dan rangsangan fiskal yang besar.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 744,000 bagi minggu yang berakhir pada 27 Mac berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Bacaan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 728,000, iaitu antara angka paling sedikit sejak pertengahan Mac 2020. Dimana Mac tahun lepas, kerajaan telah mengenakan perintah berkurung dan menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bacaan ini juga jauh mengatasi jangkaan para pakar yang meramalkan 694,000 permohonan. Laporan ini dikeluarkan selepas beberapa laporan sebelumnya melaporkan bahawa pasaran buruh semakin bulan. Turut menyokong perkara ini ialah data NFP pada bulan Mac meningkat sebanyak 916,000 sementara kadar pengangguran turun kepada 6%.

Peningkatan NFP tersebut adalah peningkatan pekerjaan terbesar sejak Ogos 2020, walaupun pengangguran tetap jauh di atas paras pra-pandemik 3.5%.

Menurut pengamat ekonomi, pasaran buruh masih jauh dari pemulihan sepenuhnya.Tuntutan pengangguran tetap berada di atas puncak 665,000 yang dicatat semasa kemelesetan ekonomi pada 2007-2009. Dalam pasaran buruh yang sihat, kebiasaanya jumlah tuntutan adalah berada dalam lingkungan 200,000 hingga 250,000.

Pemain pasaran walau bagaimanapun tidak menunjukkan begitu banyak reaksi terhadap laporan ini dengan pasaran niaga hadapan saham hasil bon kerajaan menunjukkan bacaan bercampur.

Walaupun terdapat kemajuan baru-baru ini, para pegawai Rizab Persekutuan mengatakan bahawa lebih banyak kemajuan diperlukan di bidang pekerjaan sebelum mereka memikirkan perubahan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat