Dollar Australia dan New Zealand menyusut lebih rendah berbanding US Dollar selepas pengumuman data yang agak bercampur-campur dari Australia.
AUD/USD merosot sebanyak 0.27 peratus kepada 0.7655.
Biro Statistik Australia melaporkan bahawa rekod kelulusan bangunan meningkat sebanyak 1.8 peratus pada bulan Januari berbanding jangkaan kemerosotan sebanyak 0.4 peratus.
Dalam satu laporan berasingan, lebihan perdagangan Australia mengecil kepada A$1.302 Billion pada bulan Januari daripada A$3.334 Billion yang dicatat pada Disember.
Sementara itu, NZD/USD menyusut sebanyak 1.7 peratus kepada 0.7131, tidak jauh dari angka yang paling rendah dalam tempoh enam minggu sebelum ini.
Namun begitu, matawang Amerika kekal mendapat sokongan apabila beberapa pegawai Fed menyatakan sokongan mereka terhadap kenaikan kadar pada Mac.
Selain itu, US Dollar Index yang merupakan indikator yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.18 peratus kepada 101.92.
Jangan Ambil Ringan Dengan Satu Lagi Kenyataan Yang Berupaya Menggerakkan Pasaran Minggu Ini