Jangan Ambil Ringan Dengan Satu Lagi Kenyataan Yang Berupaya Menggerakkan Pasaran Minggu Ini

48

Gabenor Fed Lael Brainard berkata semalam bahawa ekonomi global yang bertambah baik dan pemulihan Amerika Syarikat yang kukuh memberikan petunjuk bahawa Fed berpotensi menaikkan kadar tidak lama lagi. Kenyataan yang diberikan oleh Brainard ini secara tidak langsung menambah isyarat bahawa Fed akan mengambil tindakan ini seawal bulan Mac.

Ucapan yang disampaikan di Univerisiti Harvard itu seolah-olah menyokong kenaikan kadar.

Menurut Brainard, ekonomi AS sedang bergerak ke fasa guna tenaga penuh disamping inflasi yang semakin bergerak menghampiri sasaran. Dalam masa yang sama, pertumbuhan asing dilihat berada pada landasan yang kukuh. Justeru, kemajuan yang berterusan dianggap masa yang terbaik untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur.

Faktor persekitaran kini dilihat lebih baik untuk menaikkan kadar selepas banyak kekangan telah berlaku pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Harga Minyak Mentah Jatuh Lagi Buat Sesi Ketiga Berturut-Turut!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat