Harga Minyak Mentah Jatuh Lagi Buat Sesi Ketiga Berturut-Turut!

43

Minyak mentah jatuh lagi untuk sesi ketiga berturut-turut pada Khamis berikutan peningkatan jumlah stok minyak mentah di AS disamping peningkatan pengeluaran minyak syal di AS.

Stok minyak mentah di Amerika Syarikat yang juga merupakan pengguna minyak mentah terbesar di dunia, meningkat sebanyak 1.5 juta tong minggu lalu sehingga menyentuh rekod sebanyak 520.2 juta tong.

WTI mentah menyusut sebanyak 10 sen atau 0.2 peratus kepada $53.73 setong, manakala Brent mentah menurun sebanyak 3 sen.

Sesi dagangan minyak mentah masih kekal dalam julat yang agak ketat walaupun perjanjian yang dibuat oleh OPEC bagi mengurangkan bekalan minyak mentah berada pada kadar pematuhan yang agak tinggi.

Memetik kenyataan penganalisis minyak di Energy Aspects Singapura, Virendra Chauhan, beliau mengatakan bahawa kelemahan minyak mentah pada masa ini susulan daripada statistik inventori AS yang mencecah rekod tertinggi semalam.

Menurut tinjauan Reuters, kadar pematuhan oleh OPEC telah bergerak setinggi 94 peratus bagi bulan kedua perjanjian dikuatkuasakan.

Mexico Ambil Keputusan Untuk Menurunkan Unjuran Pertumbuhan Akibat Tekanan Dari Polisi Trump

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat