Datuk Bandar Seoul Dilaporkan Hilang!

326

Seorang Datuk Banda Seoul yang dikenali sebagai Park Won-soon telah didakwa hilang. Insiden tersebut telah dilaporkan oleh anak perempuannya. Selain itu, telefon bimbitnya juga dikhabarkan telah dimatikan. Sebelum keluar dari rumah, Park Won-soon dikatakan telah meninggalkan pesanan seolah-olah memberi bayangan kepada anak perempuannya itu tentang kehilangannya.

Terkini, pihak polis sedang mencarinya di sebuah pergunungan kecil berhampiran dengan kawasan Sungbuk, iaitu lokasi terakhir telefon bimbitnya dikesan.

Beberapa jam sebelum dilaporkan hilang, salah seorang pekerja wanita beliau telah menfailkan aduan kepada pihak polis berkenaan gangguan seksual yang dilakukan oleh pemimpin berkenaan.

Pada hari ini, Park Won-soon tidah hadir bekerja serta membatalkan pertemuan dengan seorang pejabat presiden di pejabat Dewan Bandaraya Seoul, Kim Ji-hyeong, seorang pegawai dari Pemerintah Metropolitan Seoul.

Selain itu, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beliau telah pun ditemui dan dibawa ke hospital Universiti Nasional Seoul. Adakah beliau telah diculik atau mengalami sebarang kecederaan?

Untuk pengetahuan semua, Park telah dipilih sebagai Datuk Bandar Seoul pada tahun 2011  untuk penggal ketiga dan terakhirnya pada bulan Jun tahun lalu. Sebagai anggota Parti Demokrat liberal Presiden Moon Jae-in, beliau dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai calon presiden yang berpotensi dalam pemilihan 2022.

Selain itu, beliau telah mencatat sejarah sebagai peguam sivil dan hak asasi manusia yang dilantik sebagai datuk bandar serta merupakan pengkritik secara terang-terangan mengenai isu ketidakadilan sosial dan rasuah di Korea Selatan.

Di samping itu, beliau adalah peguam pertama yang disabitkan dengan kes gangguan seksual pertama di negara ini.

Persoalannya, adakah beliau sengaja melarikan diri dan mahu mengelak daripada sebarang hukuman? Atau beliau telah diculik?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat