Debaran Hampiri NFP, GBP/USD Menjunam 250 Pips!

322

Carta pasangan mata wang GBP/USD telah memaparkan corak perubahan trend menuju dagangan penghujung minggu ini dengan pengukuhan US dolar masih dikekalkan.

Pound kembali menerima tekanan semula selepas situasi penyusutan kembali US dolar dalam pasaran dengan tumpuan akan terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam nanti sebelum menutup dagangan minggu ini.

Walaupun data tuntutan faedah bagi mereka yang tidak bekerja di AS yang diterbitkan semalam meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan dan memberi isyarat negatif kepada ekonomi, namun US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan sehingga ke penghujung sesi New York.

Namun pelabur harus berjaga-jaga dengan laporan NFP malam ini ekoran jangkaan pertambahan pekerjaan di AS pada bulan September lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Meneliti carta GBP/USD semalam, harga menunjukkan pergerakan corak bearish selepas kenaikan lemah di sesi Asia gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Harga kemudiannya membuat penurunan dari paras sekitar 1.13700 sehingga melepasi paras 1.12000 dan hampir menyentuh paras tumpuan pada 1.11000.

Namun, harga mula mendatar di atas zon 1.11000 sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat ini.

Penurunan harga lebih rendah dijangka untuk diteruskan dengan corak bearish yang telah dipaparkan pada Rabu dan Khamis semalam.

Jika harga menyambung penurunan melepasi zon 1.11000, harga berpotensi mencecah sehingga ke zon RBS (resistance become support) pada 1.09000.

Namun jika harga mula memaparkan lonjakan semula melepasi paras 1.12000 dan kemudiannya menembusi halangan MA50, pelabur akan menilai isyarat untuk perubahan arah harga semula.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, zon rintangan sekitar 1.15000 akan menjadi tumpuan sekali lagi selepas kenaikan di awal minggu gagal untuk menembusinya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat