Debaran Menunggu Keputusan Undian Brexit Semakin Terasa

1,605

Matawang Sterling pada dagangan Isnin melonjak ke paras tertinggi dua bulan berbanding dollar USD setelah laporan menyatakan bahawa kumpulan pro-Brexit dalam kalangan ahli Parlimen bakal memberi sokong terhadap pelan peralihan Brexit oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May. GBP mengukuh berikutan amaran terhadap PM May bahawa kegagalan mendapat kelulusan di Parlimen pada undian hari ini (Selasa) berkemungkinan akan melihatkan Britain akan terus kekal bersama Kesatuan Eropah. Tumpuan utama hari ini akan terarah kepada keputusan undian akhir Parlimen Britain untuk menentukan nasib Britain di mana peratusan tinggi berkemungkinan PM May gagal mendapat kelulusan, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Dalam perkembangan lain, kemerosotan pada kadar eksport China terus menimbulkan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi keuda terbesar dunia itu seterusnya telah mencetuskan kembali suasana yang berisiko pada dagangan Isnin semalam dan turut memberi kesan terhadap matawang safe-haven khususnya kepada matawang Yen dan dollar USD. Yen mengukuh ekoran pasaran risk-off kembali membuatkan pelabur beralih ke arah pelaburan yang lebih selamat dan tentunya permintaan terhadap Yen akan meningkat tinggi.

Matawang dollar USD sehingga awal dagangan hari ini dilihat bergerak stabil berbanding matawang utama yang lain berikutan kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi global turut meningkatkan permintaan terhadap dollar USD sebagai antara pemegang status matawang safe-haven selain Yen. USD dilihat telah mengukuh sejak dua sesi sebelum ini walaupun pasaran jangkaan semakin kuat bahawa bank pusat yang berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah untuk tahun ini. Namun perlu dipantau juga data-data ekonomi di Amerika Syarikat serta perkembangan pada hubungan dagangan bersama China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat