US dolar didagangkan bercampur pada dagangan Khamis semalam ketika pasaran semakin berwaspada menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Data yang menjadi indikator penting kepada Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar moentari itu bakal memberi impak besar terhadap pergerakan US dolar di sesi New York nanti.
Pengukuhan US dolar disokong sebelum ini oleh data pekerjaan ADP, namun memontum mula mengendur selain data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS diterbitkan semalam dengan angka yang ‘merah’.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-nfp-tiba-apa-jadi-usd-4
Justeru, pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD melihatkan corak yang sedikit berbeza.
Jika pada Rabu lalu harga paparkan corak menurun, pada Khamis semalam pula pergerakan harga dilihat lebih mendatar di atas paras sokongan 1.09200.
Berlaku lantunan menuju penghujung sesi New York, namun kenaikan harga terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan, harga dilihat akan menuju ke paras 1.1000 yang dilihat menjadi rintangan penting untuk diuji.
Melepasi rintangan berikut boleh mencetuskan jangkaan untuk perubahan trend bullish bermula dengan kenaikan awal akan cuba mengatasi ketinggian dicapai di awal minggu sekitar 1.10400.
Namun jika US dolar mengukuh selepas laporan NFP, harga boleh menjunam di bawah paras 1.09000.
Penurunan lebih rendah harga boleh mencecah hingga 1.08000 untuk catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analasis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG