Debut LUNA Baharu Di Bursa Kripto, Prestasi LUNA Jadi Perhatian!

977

Pada bulan Mei yang lalu, pasaran kripto berhadapan dengan salah satu episod malang iaitu tragedi keruntuhan mata wang kripto Terra (LUNA) dan TerraUSD (UST). Ini menyebabkan kedua-dua jenis token jatuh merundum hampir ke dasar. Rizab-rizab yang tersimpan terpaksa digunakan untuk membaik pulih namun ianya gagal. Berbilion-bilion dolar kehilangan dalam pasaran disebabkan perkara itu. Tidak kurang itu, para pelabur antara paling terkesan sehingga ada yang berhadapan dengan depresi.

Selepas beberapa minggu memikirkan  untuk mencari jalan keluar, akhirnya Terra memutuskan untuk meneruskan pelan pemulihan semula iaitu mewujudkan Terra ‘baharu’ yang dikenali sebagai LUNA 2.0 (LUNA). Manakala LUNA 1.0 dikenali sebagai Luna Classic (LUNC) beroperasi di rangkaian terdahulu.

Pada hujung minggu lepas, LUNA baharu telah melakukan ‘debut’ di beberapa bursa utama kripto. LUNA disiarkan secara langsung dan didagangkan berikutan kejayaan pelancaran protokol Terra 2.0 semalam walaupun pasaran kripto masih bergelora dengan turun naik harga.

Bagaimana prestasi dan penerimaan LUNA baharu dalam kalangan pemain pasaran? Adakah ia seperti yang di gempar gempur bahawa LUNA baharu ini tidak akan mendapat sambutan langsung?

Bermula pada hari Sabtu lepas, beberapa bursa kripto sudah mula mendagangkan kripto LUNA. Di Bybit, LUNA telah didagangkan bermula pada $0.5 dan melonjak sehingga $30 dalam masa beberapa minit. Tidak lama selepas itu, ia mula jatuh dan melonjak kembali ke sekitar $4 dan akhirnya bermain pada dagangan $6.

Walaubagaimanapun harus dimaklumi bahawa harga telah banyak berubah di bursa kripto yang berbeza dan hal tersebut dikaitkan dengan jumlah dagangan. Data daripada CoinMarketCap menunjukkan bahawa aset kripto LUNA menjana sekitar $230 juta dalam jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Dimana 50% daripadanya di sumbangkan dari KuCoin.

Selain itu, Binance yang merupakan bursa pertukaran kripto terkemuka melalui jumlah dagangan ditetapkan akan melancarkan dagangan LUNA pada 31 Mei nanti. Dilaporkan kebanyakkan pemegang LUNA sudah mula menerima airdrop mereka.

Semasa penulisan LUNA didagangkan $6.52, meningkat 7% dalam tempoh 24 jam.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat