“Wow akhirnya UK mula buka mata terhadap kripto, negara lain bila lagi?”
Susulan berhasrat menjadi hab aset digital dan non-fungible token (NFT), Suruhanjaya Undang-undang United Kingdom (UK) mencadangkan negara harus membangunkan undang-undang yang dapat mengawal mata wang kripto.
Menurut panel bebas, cadangan itu adalah bertujuan menyediakan asas undang-undang komprehensif untuk aset digital, di mana ia membenarkan teknologi baharu berkembang dan pelbagai peserta pasaran berinteraksi.
Pada April tahun lalu, Perbendaharaan UK yang ingin membangunkan hab global terkemuka kripto telah memperkenalkan beberapa cadangan perundangan untuk mengawal selia perniagaan berhubung aset digital dan mendorong pelaburan di negara itu.
Sebelum ini, Hakim Geoffrey Vos telah menunjukkan bahawa kemas kini kepada sistem perundangan di England dan Wales mampu menjadikan UK sebagai destinasi pilihan untuk pasaran kripto seterusnya meningkatkan daya tarikannya.
Berbalik pada penerangan, Suruhanjaya Undang-undang UK telah meminta kerajaan menjelaskan kedudukannya berhubung aset digital susulan ingin tahu sama ada kerajaan akan menganggap kripto sebagai wang untuk digunakan sebagai cagaran di bawah peraturan sedia ada atau tidak.
Rentetan itu, pengawal selia di seluruh dunia cuba beri sedikit kejelasan tentang cara mereka mengendalikan kripto, antaranya adalah pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mendedahkan akan mengiktiraf stablecoin sebagai wang pada minggu lalu.
Sementara panel turut mencadangkan kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak perlu menubuhkan panel baharu yang terdiri daripada pakar institusi untuk memberikan panduan tentang rangka kerja teknikal dan undang-undang aset digital.