Demi Kaut Lebih Banyak BTC, MicroStrategy Rancang Jual Saham $500 Juta!

299

“Wow terbaiklah, mesti MicroStrategy sangat optimistik terhadap masa depan BTC.”

MicroStrategy mengumumkan hasratnya menawarkan $500 juta dalam bentuk convertible senior notes* yang perlu dibayar pada tahun 2032, di mana tawaran persendirian kepada para pembeli institusi yang layak bakal mematuhi Peraturan 144A Akta Sekuriti 1933.

*Sekuriti hutang mengandungi option yang menjadikan notes itu boleh ditukar kepada amaun  ditetapkan bagi saham penerbit

Hasil bersih tersebut digunakan bagi memperoleh BTC tambahan termasuk tujuan korporat lain sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang MicroStrategy yang ingin menggunakan BTC sebagai aset rizab perbendaharaannya.

MicroStrategy turut menjangka bagi memberikan pembeli awal notes the options untuk membeli tambahan $75 juta dalam jumlah prinsipal aggregate notes sementara kadar faedah, kadar penukaran awal dan syarat lain notes akan ditentukan pada masa harga tawaran.

Menurut kenyataan akhbar tersebut, notes itu akan ditawarkan dan dijual kepada pembeli yang layak di bawah Peraturan 144A Akta Sekuriti 1933.

Ini membawa makna bahawa convertible senior notes dapat bertukar dan mana-mana saham boleh bertukar saham biasa kelas MicroStrategy yang tidak akan didaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Pada sisi berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MicroStrategy Michael Saylor berkata bahawa beliau sama sekali tidak bercadang bagi menjual sebarang pegangannya dalam aset digital BTC dalam masa terdekat ini.

Hal ini kerana spot ETF telah menarik banyak aliran masuk oleh institusi ke dalam ekosistem BTC, ulas Saylor sambil menambah bahawa ETF telah memudahkan transformasi digital sehingga menyebabkan ratusan juta dolar mengalir setiap hari daripada ekosistem tradisional kepada ekonomi digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat