Derita USD Belum Berakhir, Makin Parah Di Sesi Asia!

516

Kebanyakan matawang utama kembali mendaki lebih tinggi, terutamanya matawang Eropah, ketika dolar greenback terus didagangkan lemah pada sesi Asia hari ini.

UK terus maju dengan melonggarkan langkah penutupan, di mana yang terbaru sekatan perjalanan telah dikurangkan, berkuatkuasa pada hari Isnin.

Dengan keyakinan ekonomi UK akan pulih lebih cepat, ini telah mendorong dagangan matawang pound menyambung kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia dengan didagangkan kukuh pada 1.41700 berbanding US dolar.

Pengukuhan matawang pound turut didorong oleh dagangan US dolar yang lemah di tengah-tengah pergerakan hasil bon AS 10 tahun yang terhad di sekitar tahap yang sama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan lebih rendah pada 90.07.

Ini telah memberi peluang buat matawang euro untuk kembali menguat berbanding greenback.

Pada minggu ini, lebih banyak data ekonomi dari Eropah akan menjadi tumpuan utama pasaran yang akan menunjukkan sejauh manakah pemulihan ekonomi telah berlaku.

Selain itu, matawang komoditi juga kembali mengukuhkan kedudukan dengan didagangkan lebih tinggi. Dolar Aussie terus menguat selepas penerbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang positif.

Walaupun pernyataan minit mesyuarat itu mengulangi penolakan RBA untuk menilai kenaikan kadar faedah sebelum 2024, bank pusat menolak perubahan keluk hasil meskipun ia diperlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat