Deutsche Bank Keluarkan Jangkaan Terbaru! ECB Bakal Kurangkan Faedah Sebanyak 150 Mata Asas?

272

Deutsche Bank memaklumkan pada hari Rabu bahawa mereka mengharapkan Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 150 mata asas (bps) tahun hadapan, 50 bps lebih banyak daripada ramalan terdahulu mereka, dengan inflasi merosot dan bank pusat cenderung untuk mengambil sikap yang tidak memihak.

Deutsche Bank  menjangkakan pengurangan sebanyak 50 bps berturut-turut pada bulan April dan Jun tahun hadapan, diikuti dengan pengurangan sebanyak 25 bps pada setiap bulan September dan Disember.

Data pada minggu ini menunjukkan bahawa inflasi zon eropah merosot kepada 2.4% pada bulan November, tersasar di bawah jangkaan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Isabel Schnabel, yang merupakan penggubal dasar yang “hawkish” terkemuka di ECB, dalam satu temubual telah menyisihkan kemungkinan peningkatan kadar faedah seterusnya, yang menyebabkan para pemain pasaran meningkatkan jangkaan pengurangan kadar yang pertama se awal bulan Mac tahun hadapan. Mereka kini mengharapkan pengurangan sebanyak 140 mata asas menjelang Disember.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat