Deutsche Bank Rupanya Yang Buat Bitcoin Lonjak Tembus $28,000!

460

“Akhirnya BTC naik, harapnya tak jatuh la pula.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya menembusi $28,000 apabila bank terbesar Jerman iaitu Deutsche Bank AG dilaporkan memohon kebenaran daripada pengawal selia untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan aset digital.

Selain ingin meningkatkan pendapatan yuran unit korporatnya, David Lynne yang mengendalikan unit perbankan komersial pemberi pinjaman turut berkata bahawa langkah itu adalah bertujuan bagi menambah pendapatan untuk anak syarikatnya DWS Group.

Suka dimaklumkan Deutsche Bank bertindak pada masa tepat susulan penyertaan pemain institusi dalam pasaran kripto yang semakin meningkat akan menyebabkan penyedia penyelesaian custodial turut melonjak.

Ditambah pula pemain besar seperti BlackRock dan Fidelity sudah menunjukkan hasrat untuk membuat kemasukan ke dalam pasaran kripto.

Umum mengetahui Deutsche Bank bertindak sebegitu selepas beberapa bulan bank tersebut menghadapi krisis kecairan pada bulan Mac semasa kejatuhan Credit Suisse, bagaimanapun ia kukuh kembali setelah mengharungi pelbagai cabaran.

Selain itu, pengawal selia Jerman juga berusaha memudahkan peraturan untuk staking dan pinjaman kripto sementara perkembangan kawal selia pula diperkemaskan lagi dengan pengenalan undang-undang MiCA.

Malah, harga BTC turut melihat pengukuhan apabila bursa kripto non-custodial EDX Markets disokong oleh beberapa firma Wall Street seperti Charles Schwab, Citadel Securities, Fidelity Digital Assets, Paradigma, Sequoia Capital dan Virtu Financial mula melaksanakan dagangan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 6.30% pada paras $28,783 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $558 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 10.80% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat