Deutsche Bank Tetapkan Unjuran Baru! Langkah Susulan BoE Jadi Perhatian

116

Deutsche Bank memaklumkan pada hari Selasa ia menjangka Bank of England akan menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan pada mesyuarat Ogos.

Data yang dikeluarkan pada awal hari menunjukkan ukuran utama gaji British meningkat pada kadar terpantas bersama dalam rekod.

“Buat masa ini, bukti tekanan gaji yang lebih berterusan akan mmendorong MPC menaikkan kadar faedah,” lapar Deutsche dalam nota, merujuk kepada badan penetapan kadar BoE. “Kenaikan 50-bp kedua berturut-turut kini kelihatan lebih berkemungkinan daripada hal sebaliknya”.

Lanjut Deutsche, pihak mereka memilih untuk merubah unjuran untuk bulan Ogos, dan kini menjangkakan kenaikan 50-bp pada mesyuarat BoE seterusnya, menjadikan kadar Bank Rate kepada 5.5%.

Penganalisis Deutsche berkata mereka mengekalkan unjuran kadar terminal mereka tetap pada 5.75%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat