Dewan Perwakilan AS Luluskan Bantuan $13.6 Bilion Untuk Ukraine

538

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan undang-undang yang akan membiayai kerajaan sehingga September yang merangkumi peruntukan sebanyak $13.6 bilion bantuan kepada Ukraine.

Kongres perlu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan tersebut pada hari Jumaat untuk menghalang daripada berlaku penutupan kerajaan dan menghantarnya kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani.

Dewan berdepan amarah daripada rakyat berikutan pengurangan bantuan Covid-19 yang bernilai $15.6 bilion berikutan situasi pandemik yang sudah semakin mereda.

Sementara itu, peruntukan yang dikeluarkan kepada Ukraine bertujuan untuk membantu memperkuatkan ketenteraannya ketika ia memerangi tentera Rusia dan sebagai bantuan kemanusiaan kepada rakyat, termasuk 1.5 juta pelarian yang dianggarkan sudah keluar dari negara itu.

Selain itu, Dewan juga meluluskan undang-undang untuk menyekat import minyak dan tenaga lain dari Rusia sebagai tindak balas terhadap serangannya ke atas Ukraine meskipun mendapat beberapa tentangan dari penggubal undang-undang AS.

Kelulusan itu dibuat sehari selepas Presiden Joe Biden mengumumkan kuasa eksekutifnya untuk mengenakan larangan sedemikian.

Langkah itu secara tidak langsung memperlihatkan penggubal undang-undang sebagai tegas dalam menyokong sekatan perdagangan AS. Ia juga menyeru untuk mengkaji semula penyertaan Rusia dalam beberapa program perdagangan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat