Dia Mai Dah! Hamster Kombat Dedah Upgrade Utama Pada 2024!

720

“Pergh lain macam penangan Hamster Kombat, adakah ia akan tewaskan Notcoin?”

Hamster Kombat, game tap-to-earn yang raih populariti di Telegram serta pasaran mata wang kripto berjaya menyebabkan game play-to-earn (P2E) yang sedang bersedia dilancarkan pada blockchain The Open Network (NOT) mendedahkan rancangannya bagi Julai 2024 dan seterusnya.

Didedahkan oleh laman web rasmi Hamster Kombat, salah satu semakan projek paling kritikal iaitu Token Generation Event (TGE) serta utiliti dalam in-game token akan berlaku pada bulan ini dan ini menunjukkan airdrop token Hamster Kombat dijangka terjadi pada blockchain tidak lama lagi.

Pilihan ‘airdrop’ semasa bermain di Telegram memperlihatkan para pengguna bukan sahaja perlu menyelesaikan tugas tertentu jika ingin mengambil bahagian dalam airdrop malah menyambung wallet TON mereka ke Hamster Kombat.

Utiliti in-game berkaitan aplikasi token dalam ekosistem GameFi turut bakal didedahkan pada bulan ini yang akan meningkatkan daya tarikan projek kepada pengguna serta membantunya memperoleh daya tarikan ketara dalam industri.

Pada masa sama, peserta pasaran juga bersemangat disebabkan naik taraf suku ketiga 2024 yang akan terdiri daripada acara langsung, acara terhad masa, watak baharu dan skin kemudian pembangunan tambahan pada suku keempat.

Suka dimaklumkan bahawa game P2E berasaskan Telegram seperti Notcoin (NOT) dan Hamster Kombat adalah game di Telegram yang melibatkan tapping bagi menerima coins sebagai ganjaran.

Selain menawarkan pengalaman gameplay unik, game tersebut turut membenarkan pengguna mengumpul coins, di mana mereka boleh mining di platform untuk menjana pendapatan pasif melalui kad tersendiri dan memperoleh coins tambahan melalui penyelesaian pelbagai tugas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat