Dijangka Untuk Menjunam, EUR/USD Kembali Catat Kenaikan

513

Persembahan mengecewakan oleh US dolar, jangkaan untuk meneruskan pengukuhan selepas mesyuarat FOMC meleset apabila nilainya ketara susut semula pada dagangan penghujung minggu.

Keyakinan pelabur terhadap US dolar mula pudar susulan Federal Reserve (Fed) memberi isyarat untuk meneliti semula langkah rangsangan ekonomi untuk tahun ini.

Selain itu, sentimen pasaran dilihat mula pulih selepas kebimbangan terhadap isu krisis hutang Evergrande semakin reda. Pelabur mula melepaskan kembali pegangan US dolar sebagai safe-haven setelah menjadi tarikan pada sentimen berisiko sebelum ini.

Kebanyakan pergerakan harga pada carta utama dilihat memberi kejutan buat pelabur khususnya pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Jangkaan untuk harga meluncur lebih rendah selepas kenyataan hawkish Fed pada mesyuarat FOMC meleset, sebaliknya harga kembali membuat kenaikan semula melepasi zon support 1.17000.

Kenaikan harga kembali berlegar pada paras rintangan mingguan di bawah 1.17500 untuk harga terus menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Isyarat awal pergerakan bullish harga dinilai pelabur setelah meningkat semula di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, namun pelabur nantikan harga tembusi zon SBR 1.17500 untuk isyarat lebih jelas.

Kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju semula ke paras rintangan 1.18000 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Melepasi halangan-halangan tersebut akan menguatkan jangkaan penganalisis untuk harga menuju semula ke paras ketinggian 1.19000 sebelum ini.

Sebaliknya, jika harga berjaya meneruskan kembali rentak penurunan, harga bakal bergerak di bawah zon support 1.17000 untuk isyarat penurunan lebih rendah.

Tumpuan harga seterusnya pada penurunan yang diteruskan akan terarah pada zon support 1.16000 sekaligus akan mencatatkan paras terendah terbaru pada tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat