Dikritik Hebat, Lagarde Mahu Lari Dari Berbicara Isu Inflasi?

260

Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde berhadapan dengan kritik hebat di Parlimen Eropah pada hari Isnin daripada kalangan penggubal undang-undang konservatif yang mengkritik strategi hijau ECB sebagai “gangguan/pengalih isu” daripada tugasnya untuk menghambat inflasi.

Lagarde telah mengumumkan untuk memperjuangkan untuk mengawal perubahan iklim sebagai matlamat utama dan ECB berikrar pada tahun lepas untuk mengambil alam sekitar dalam setiap keputusan polisi teras seperti pembelian bon dalam program rangsangan trilion euro.

Walaubagaimanapun hal ini tidak begitu gemar dalam kalangan penggubal undang-undang dari Parti Rakyat Eropah kerana inflasi di Eropah terus melonjak tinggi justeru pengekangannya perlu menjadi keutaaman. Walaupun ECB tidak terikat oleh parlimen namun bantahan penggubal undang-undang mungkin menjejaskan perbahasan mengenai peranan iklim bank pusat zon euro dan penetapan kadar faedah.

“Mandat utama ECB ialah memastikan kestabilan harga, yang pada masa ini ECB tidak melakukan tugas yang baik,” kata ahli parlimen Jerman Markus Ferber dalam satu kenyataan. “Laungan terhadap ekonomi hijau hanyalah gangguan daripada mencapai mandat utama itu.”

Beliau dan rakan sekerja serta Georgios Kyrtsos telah membentangkan beberapa pindaan kepada perenggan yang berkaitan dengan strategi iklim ECB dalam laporan oleh Parlimen Eropah untuk mengundi pada hari Selasa.

Dalam satu pindaan, mereka menegaskan ECB harus berpegang kepada “kesederhanaan pasaran” iaitu membeli bon mengikut kadar jumlah tertunggak. Ini secara tersirat akan menutup pintu untuk membeli lebih banyak hutang “hijau” dan lebih sedikit bon daripada syarikat yang sangat mencemarkan.

Jurubicara ECB setakat ini belum memberi apa-apa ulasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat