Dilihat Sebagai Ancaman, India Mula Lancarkan Serangan Terhadap ‘Stablecoin’!

1,795

Bank Pusat India sekali lagi kembali memberi tekanan terhadap pasaran kripto di tengah kejatuhan harga kripto. Gabenor bank pusat India menyatakan bahawa ‘stablecoin; memberikan ancaman yang lebih besar kepada kestabilan ekonomi berbanding mata wang kripto lain.

Dalam masa yang sama, beliau juga menekankan keperluan untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) dalam memenuhi permintaan pasaran bagi pembayaran digital alternatif.

Selain itu, timbalan gabenor Reserve Bank of India ( RBI) T Rabi Sankar berkata bahawa ‘stablecoin’ boleh melemahkan permintaan mata wang negara pada kadar yang pantas. Sankar berkata bahawa memperkenalkan CBDC akan membantu mengelakkan senario sedemikian. CBDC juga boleh mengurangkan kos pembayaran digital, sambil meningkatkan kecekapannya.

Ulasan Sankar dilihat sebagai satu sikap berhati-hati yang diambil oleh RBI terhadap kripto. Bukan itu sahaja, pihak mereka juga telah menunjukkan kecenderungan untuk mengimplimentasikan peraturan yang lebih agresif terhadap kripto.

RBI melihat bahawa ‘stablecoin’ membawa ancaman yang lebih kepada ekonomi, dimana boleh menyebabkan penggunaan rupee diketepikan.Sankar telah berulang kali memberi amaran terhadap penggunaan kripto yang meluas dengan menggelar ia seabgai skim ponzi.

India setakat ini bertindak keras terhadap kripto walaupun terdapat penglibatan kripto yang meluas dalam negara. Baru-baru ini, India telah meluluskan cukai keuntungan 30% ke atas semua pelaburan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat