“Pandai buat pandailah tanggung sendiri, siapa suruh buat banyak kesalahan.”
Faruk Fatih Özer, pengasas bursa mata wang kripto Turki Thodex, kakaknya Serap Özer dan abangnya Güven Özer bukan sahaja dijatuhi hukuman penjara 11,196 tahun, 10 bulan serta 15 hari malah dikenakan denda kehakiman $5 juta.
Sebelum menutup operasinya pada April 2021 dan Özer pula tiba-tiba hilang , Thodex adalah salah satu bursa kripto terbesar di Turki yang telah beroperasi sejak tahun 2017.
Setelah Özer melarikan diri ke Albania, lebih 400,000 ahli tidak memiliki akses kepada deposit $2 bilion dalam kripto tetapi beliau akhirnya ditangkap pada Ogos 2022 sejurus selepas notis merah Interpol dikeluarkan terhadapnya.
Menjelang April 2023, Özer telah diekstradisi ke Turki dan ditahan oleh polis atas tujuh pertuduhan, antaranya adalah menubuhkan serta mengurus organisasi dengan tujuan melakukan jenayah termasuk menjadi ahli organisasi.
Selain penipuan menggunakan sistem maklumat sebagai tool bank atau institusi kredit, beliau turut menipu peniaga, eksekutif syarikat serta pengurus koperasi dan tidak dilupakan juga pengubahan nilai aset hasil daripada jenayah.
Susulan abang, kakak dan empat pekerja senior Özer dipenjarakan apabila kes itu sudah diketahui manakala 83 individu pula ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan, perbicaraan akhirnya menyaksikan 21 defendan berdepan penjara sehingga 40,564 tahun.
Mahkamah Keseksaan Berat ke-9 Anatolia bukan sahaja membebaskan 16 daripada 21 defendan malah empat daripada tujuh dipenjarakan susulan kekurangan bukti, kemudian defendan lain dijatuhkan hukuman penjara berbeza-beza atas pelbagai jenayah.
Umum mengetahui kejatuhan Thodex mencetuskan kekecohan di Turki susulan kripto telah digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi sehingga mengakibatkan nilai Lira mengalami penurunan drastik.