Diramalkan Pada Tahun 2025, Bas Elektrik Akan Mendominasi Separuh Pasaran Bas

461

Dalam masa 7 tahun akan datang, kita akan dapat lihat 1/2 daripada jumlah yang ada akan menggunakan elektrik dan China akan menjadi pendorong utama akan hal ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bloomberg New Energy Finance, meramalkan bahawa pada tahun 2025 jualan bas elektrik akan meningkat kepada 1.2 juta unit.

Menurut penganalisis, China akan mengetuai dalam pasaran bas elektrik berikutan permintaan yang tinggi dalam domestik dan sasaran terhadap bandar-bandar besar.

Dalam beberapa dekad ini, bas diesel telah digunakan dan menjadi pengangkutan awam pilihan di bandar-bandar. Namun pertumbuhan teknologi, menyebabkan perhasilan dan permintaan bas elektrik semakin mendapat tempat.

Dijangkakan bas eleketrik mampu mengambil bahagian dan mendominasi pasaran bas diesel dan bas yang menggunakan gas iaitu compressed natural gas (CNG). Walaupun bas elektrik lebih mahal dari segi kos ‘upfront‘ daripada diesel dan CNG bas namun kajian BNEF mendapati kos penyelenggaraan bas elektrik lebih murah.

BNEF juga meramalkan harga bateri lithium akan jatuh dan hal ini akan membuatkan bas elektrik lebih memberi saingan dengan bas elektrik pada tahun 2026.

BYD CO, merupakan salah satu pengeluar kereta elektrik terbesar di China dan syarikat tersebut juga didanai oleh Warren Buffett’s Berkshire Hathaway. Ditambah pula syarikat tersebut mempunyai kelebihan untuk mendapatkan insentif daripada kerajaan. Pada tahun lepas, BYD telah menjual 128,000 kenderaang yang menggunakan elektrik dan hybird.

BYD elektrik bas telah beroperasi di 200 bandar di seluruh pelosuk dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat