Disebabkan Beban Hutang, China Terpaksa Buat Panduan Baru

57

Kabinet negara China mengeluarkan panduan bagi menurunkan paras hutang korporat pada hari Isnin berikutan jumlah hutang yang tinggi dicatatkan oleh syarikat-syarikat di sana.

Berdasarkan kenyataan di laman web rasmi kerajaan, firma China dikerah bagi menggalakkan penggabungan dan pengambilalihan syarikat untuk meningkatkan sokongan kewangan.

Semasa sidang akhbar di Beijing hari ini, China perlu mengambil langkah segera bagi mengurangkan hutang korporat sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Menurut Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara, paras hutang yang tinggi akan menambah kesukaran bagi sesetengah firma China bagi meneruskan operasi. Selain itu, hutang yang tinggi akan menyebabkan peningkatan risiko kewangan, selain menurunkan keyakinan pelabur bagi negara terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat