Dituduh Sokong Rusia, China Termasuk Dalam Senarai Hitam AS

906

‘Mungkin ini boleh menjadi punca perang bermula di antara kuasa-kuasa besar?’

Amerika Syarikat (AS) menambah 5 lagi entiti dari China dalam senarai hitamnya atas tuduhan memberi sokongan ketenteraan terhadap Rusia.

Perkara ini telah disahkan Jabatan Perdagangan AS dalam usaha berterusannya mengenakan sekatan terhadap Rusia atas tindakan pencerobohan Ukraine pada 24 Februari tahun ini.

Diperjelaskan juga bahawa setiap entiti mahupun firma yang menyokong atau berterusan menyalur bantuan bekalan ke Rusia adalah subjek untuk dikenakan sekatan.

Memetik kenyataan rasmi oleh  Setiausaha Perdagangan Industri dan Keselamatan AS, Alan Estevez, hari ini kerajaan pimpinan Joe Biden menyampaikan mesej jelas bahawa mana-mana entiti yang menyokong Rusia secara langsung atau tidak, akan dikenakan sekatan.

Difahamkan antara firma China yang dituduh memberi bantuan ketenteraan kepada Rusia adalah Connec Electronic Ltd, World Jetta yang berpangkalan di Hong Kong, Logistic Limited, King Pai Technology Co Ltd dan Winninc Electronic.

Memberi makluman balas mengenai tuduhan tersebut, kedutaan China di Washington menyifatkan tindakan AS tersebut telah mencabuli perundangan antarabangsa.

Selain itu, Beijing turut menyatakan bahawa mereka tidak terlibat sama sekali dalam membantu mana-mana pihak baik Rusia atau Ukraine.

Pada sisi berbeza, AS dikatakan juga akan terus memerhatikan China walaupun negara Tembok Besar tersebut dilihat terus mengikuti peratuan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Jabatan Perdagangan AS turut menambah 31 entiti lain dari negara seperti Rusia, Emeriah Arab Bersatu, Lithuania, Pakistan, Singapura, United Kingdom, Uzbekistan serta Vietnam, dan 25 daripadanya adalah firma China sahaja.

Sebagai pemahaman, penyenaraian hitam tersebut bermakna pemborong firma di AS perlu mendapatkan lesen sebelum membuat penghantaran mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat