DOGE Lonjak Selepas Burger King Bagi ‘Hint’ Nak Lancar BiteCoin!

174

“Harapnya Burger King tak ada lagi bagi harapan palsu macam kata-kata manis Elon Musk.”

Memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) melihat peningkatan harga apabila Burger King berpangkalan di United Kingdom (UK) menulis “office doge” dalam akaun Twitter miliknya susulan permintaan luar biasa oleh penyokong tegar aset digital itu.

Komuniti kripto di Twitter baru-baru ini turut digegarkan oleh berita berkenaan Burger King UK yang didapati berhasrat membuat kripto sendiri digelar BiteCoin.

Rentetan itu, harga DOGE berjaya melonjak sebanyak 2.06% pada paras $0.08 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $11 bilion dan mencatatkan keuntungan sekitar 5.39% sepanjang minggu lepas.

Umum mengetahui bahawa komuniti DOGE sungguh teruja dengan perbincangan Burger King mengenai memecoin itu, terutamanya di kalangan pelabur kripto yang berharap rangkaian makanan segera akan mula menerima aset digital pilihan mereka.

Suka dimaklumkan juga DOGE secara berterusan menyaksikan prestasi positif selepas Burger King Brazil sebelum ini pada tahun 2021 mengeluarkan snek anjing Dogepper yang membenarkan seseorang individu untuk membelinya dengan kripto.

Difahamkan, Burger King Brazil yang mempromosikan produk tersebut di seluruh dunia melalui iklan telah memberi DOGE lebih pendedahan kepada orang ramai.

Selain itu, Burger King telah memeterai perjanjian bersama Robinhood untuk menawarkan pelanggan Amerika Syarikat (AS) hadiah kripto yang merangkumi 20 Bitcoin (BTC), 200 Ethereum (ETH) termasuk 2 juta DOGE.

Pun begitu, masih tidak pasti sama ada Burger King UK akan membenarkan pelanggan membeli makanan di restoran mereka dengan DOGE ataupun tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat