‘Dogecoin Bakal Beralih Kepada Proof of Stake’ – Pengasas Ethereum

1,751

Selepas menyertai Dogecoin Foundation sebagai salah seorang ahli lembaga penasihat, Vitalik Buterin akhirnya mendedahkan rangkaian Dogecoin akan beralih kepada mekanisme Proof of Stake (PoS).

Sebagai rekod, Dogecoin Foundation telah meminta bantuan Buterin untuk melancarkan peralihan mekanisme konsensus dan figura itu mengesahkan kehadirannya melalui temu ramah bersama UpOnly baru-baru ini.

Menurut Buterin, kebanyakan mata wang kripto akan beralih kepada PoS kerana manfaatnya.

Ini lebih jelas dinilai jika Ethereum sudah rasmi beroperasi berdasarkan mekanisme tersebut, dan rancangan Dogecoin yang jauh lebih maju.

Walaupun PoS terkenal dengan manfaatnya berbanding Proof of Work (PoW), segelintir komuniti pasaran kripto; salah satunya CEO Twitter, Jack Dorsey berpendapat PoW menawarkan perlindungan yang lebih tinggi berbanding PoS.

Buktinya, rangkaian Bitcoin juga tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk beralih kepada PoS.

Apa yang pasti, PoS membawa lebih banyak manfaat kepada seluruh komunitinya yang terlibat, tidak hanya kepada pelombong seperti Bitcoin.

Projek Dogecoin

Difahamkan beberapa projek rangkaian ini sedang menjadi fokus, melibatkan:

  • Kandungan pembelajaran
  • Portfolionya yang boleh digunakan di platform pembayaran
  • Pengguna DOGE di dalam permainan play-to-earn (P2E)
  • Pelancaran mata wang kripto baharu, Libdogecoin sebagai sahaja migrasi PoS selesai

Walakin begitu, berita mengujakan ini gagal menjentik pergerakan harga DOGE.

DOGE didagangkan pada $0.14, susut di bawah 1% dalam 24 jam tetapi masih meningkat hampir 3% sejak paras terendah harian, $0.13 yang direkodkan semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat