Dogecoin telah menjadi salah satu matawang kripto yang paling popular di dunia pada tahun 2021 dan telah menyaksikan lonjakan harga yang besar.
Dogecoin mengalami penyusutan harga yang besar dalam beberapa hari kebelakangan ini. Ketika ini, Dogecoin diperdagangkan pada harga $0.41 susut lebih 50% daripada harga puncak $0.75 pada awal Mei semasa CEO Tesla Elon Musk bersiaran langsung di “Saturday Night Live”.
Namun, baru-baru ini Elon Musk ada memuat naik ciapan di Twitter bahawa beliau sedang berkerjasama dengan Developer Doge untuk meningkatkan potensi sistem transaksi pembayaran coin tersebut.
Working with Doge devs to improve system transaction efficiency. Potentially promising.
— Elon Musk (@elonmusk) May 13, 2021
Semalam, CEO Cardano Charles Hoskinson juga ada memuat naik video di Youtube, yang di tujukan kepada Elon Musk berkenaan langkah untuk memperkukuhkan lagi potensi terhadap Dogecoin.
Jadi, dengan pendedahan ini dapat kita lihat bahawa Dogecoin semakin berkembang dalam pasaran matawang kripto dan jika suatu hari nanti Tesla menerima Doge sebagai bentuk pembayaran berkemungkinan harga dogecoin akan meneruskan kenaikan. Siapa sangka dari coin ‘Meme’ boleh mencapai sehingga ke tahap ini.
Jangkaan seterusnya bagi pergerakan harga Dogecoin adalah terdapat kemungkinan ia bakal membuat kenaikan semula untuk menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan di paras harga $0.75.
Namun begitu, paras harga $0.55 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan semula yang merupakan zon SBR (support become resistance) dan bakal memberikan penentu sama ada akan terus meroket atau akan terus membuat junaman yang lebih rendah.
Jika harga terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga $0.1 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji. Dan penurunan yang dibuat bakal menyaksikan harga kekal bergerak dalam trend bearish.
Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.