Dogecoin (DOGE): Blockfolio Ada Cadangan Untuk Elon Musk

1,558

Mungkin kerana Elon Musk mula menunjukkan minat mahu memperbaharui konsep mining (perlombongan) matawang kripto yang menggunakan banyak tenaga, Blockfolio dalam twit terbaru ada meminta figura itu menyelesaikan masalah mining Dogecoin (DOGE).

“Pemanasan tub panas dengan mining dogecoin. Tidak kisahlah bagaimana, hanya laksanakan.”

Ciapan berbentuk cadangan daripada aplikasi perdagangan kripto itu menerima balas positif oleh pengasas Tesla itu. Perlombongan dogecoin melalui pemanasan tub panas boleh dikatakan satu cadangan yang menarik dan serampang dua mata.

Manakan tidak, sebelum ini Tesla mengkhabarkan penangguhan penerimaan Bitcoin (BTC) sebagai medium pembayaran kerana isu alam sekitar.

Untuk pengetahuan, penjanaan koin bagi kedua-dua matawang tersebut – Dogecoin dan Bitcoin menggunakan algoritma Proof-of-Work (PoW) yang sinonim dengan penjanaan tenaga yang banyak dan menjejaskan alam sekitar.

Bagaimanapun, Dogecoin sudah beralih kepada Auxiliary PoW yang mana lebih efisien dalam penggunaan tenaga berbanding PoW asal.

Adakah Musk akan benar-benar menyahut cadangan tersebut? Apa-apa pun, ini sudah semestinya satu khabar yang baik bagi sektor kripto yang menghampiri era yang lebih mesra alam sekitar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat