Durian Runtuh, Diskaun Kripto Pagi Raya! Apa Yang Sudah Terjadi?

7,866

Pada malam raya semalam, harga kripto Shiba Inu (SHIBA) telah jatuh melebihi 30% berikutan berita pengeluaran oleh Vitalik Buterin yang mengejutkan komuniti kripto.

Sebagaimana sedia maklum SHIBA merupakan antara kripto meme yang paling mendapat perhatian ramai selepas Dogecoin yang berjaya mencatat tahap harga tertinggi sepanjang kepada $0.7 baru-baru ini. Lonjakan harga yang kesan daripada SpaceX menerima Dogecoin sebagai bentuk pembayaran dan kerap dicanang oleh Elon Musk membuatkan orang ramai berminat dengan kripto meme.

Susulan itu, SHIBA telah melonjak lebih 1500% dalam masa satu minggu dengan ditambah penyenaraian di Okex dan Binance. Walaubagaimanapun, semalam pengasas Ethereum, Vitalik Buterin telah memutuskan untuk mendermakan berjumlah $1 Billion dalam Shiba untuk bantuan Covid-19 di India.

Sebahagian komuniti kripto berpendapat ia satu perkara yang baik dan dapat meningkatkan populariti SHIBA di mata dunia walaupun ia memberi impak pada harga SHIBA.

Pada hari ini, kripto juga mengalami diskaun besar-besaran selepas Elon Musk memuat naik cicipan di Twitter bahawa Tesla telah “menangguhkan pembelian kenderaan menggunakan bitcoin,” kerana bimbang “penggunaan bahan api fosil yang meningkat dengan pesat untuk perlombongan bitcoin.”

Harga bitcoin menjunam lebih 15% pada minit pertama selepas pengumuman Musk.

Walaupun Tesla mengatakan ia tidak akan menerima bitcoin untuk pembelian kenderaan buat masa ini, Musk memaklumkan bahawa Tesla lebih memilih untuk peram bitcoin yang telah dibeli dan akan meneliti matawang kripto lain yang menggunakan tenaga/transaksi kurang daripada satu 1%. Kripto apakah itu masih menjadi spekulasi dalam kalangan komuniti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat