Dogecoin (DOGE) Diramalkan Cecah Lebih $1 Pada 2025

1,354

Satu tinjauan oleh Finder ke atas beberapa panel pakar matawang kripto mendapati Dogecoin (DOGE) berpotensi untuk melepasi paras $1 menjelang 2025 dan mungkin akan melonjak lebih tinggi sehingga $1.21 pada tahun yang sama sebelum mencatatkan paras tertinggi baharu, $3.6 pada 2030.

Para panel meletakkan ramalan yang positif walaupun majoriti daripadanya menjangkakan ia akan ditutup pada harga $0.42 hujung tahun ini, lebih rendah dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.73 yang direkod pada Mei lalu.

Ramalan mereka kebanyakan bergantung kepada pengaruh pengasas Tesla, Elon Musk terhadap sektor kripto dan komuniti DOGE yang besar. Maka tidak hairanlah ada panel meramalkan DOGE akan bernilai $50 pada 2030.

Manakala jangkaan bagi Disember 2025, bermula dari anggaran $0 sehingga $10, menghasilkan keputusan nilai DOGE rata-rata akan mencecah $1.21. Ramalan tertinggi bagi aset itu semestinya $10, oleh pensyarah kanan Brighton Business School, Paul Levy.

Menurut CEO Cake DeFi, Julian Hosp untuk menyaksikan DOGE bernilai $1 adalah tidak mustahil. Bagaimanapun jika rekod itu benar-benar berlaku, ia adalah pump and dump.

Pensyarah daripada University of Canberra, John Hawkins pula meramalkan harga DOGE akan mengakhiri 2021 dengan nilai $0.15 kerana menurutnya Dogecoin terlalu bergantung kepada twit Musk dan jarang digunakan sebagai instrumen pembayaran, termasuk terbukti memiliki simpanan nilai yang sangat rendah.

Pakar teknologi dari Thomson Reuters, Joseph Raczynski menjangkakan DOGE susut hingga ke paras $0 dengan alasan aset itu akan hilang ‘sinarnya’ susulan daripada lambakan projek kripto yang jauh lebih hebat dan maju.

Keseluruhannya, 80% daripada panel yang terlibat dalam tinjauan ini menyifatkan DOGE sebagai bubble, 10% menindakknya, dan 10% pula tidak yakin sama ada bubble atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat