DogeDEX Perkenalkan Atomic Swaps

454

Selepas pelancaran DogeDEX pada 1 Mac lalu, platform itu memperkenalkan pula atomic swaps atau peer-to-peer exchanges.

Atomic swaps merupakan solusi kepada pengguna untuk bertukar matawang kripto secara langsung tanpa memerlukan pihak ketiga seperti pertukaran berpusat (centralized exchange).

Ciri yang diperkenalkan ini menfokuskan kepada kepentingan teknologi blockchain dan, penyimpanan rekod yang telus dan demokratik di mana pengguna sendiri memiliki hak penjagaan.

Sebagai rekod, DogeDEX sudah menyaksikan sebanyak 3,000 muat turun dan 179,212 pertukaran DOGE sejak dilancarkan pada minggu lepas.

DogeDEX dikuasakan oleh enjin AtomicDEX dan tersedia untuk dekstop dan aplikasi telefon bimbit.

Pada masa yang sama, DogeDEX turut berfungsi sebagai non-custodial wallet yang membenarkan penggunanya untuk menyimpan pegangan mereka di dalam platform itu.

Dijangka pada masa akan datang, DogeDEX akan memperkenalkan ciri terbaru iaitu pembelian matawang kripto secara langsung.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.05 dengan lonjakan 24 jam sebanyak 0.22%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat