Dolar AS Dah Tak Relevan Sebab Bitcoin?

714

CEO firma pengurusan aset BlackRock, Laurence D. Fink memberitahu matawang kripto Bitcoin (BTC) telah menjadikan dolar AS tidak lagi relevan walaupun syiling itu masih belum digunakan dalam pasaran dunia.

Kenyataan itu sebagai jawapan kepada pertanyaan mengenai matawang digital ketika The 2020 Stephen C. Freidheim Symposium on Global Economics pada 1 Disember.

Jelasnya lagi, matawang digital telah memberi impak besar terhadap dolar AS dan perkara ini turut dipersetujui oleh bekas gabenor Bank of England, Mark Carney yang turut hadir.

Lihat saja pada minat orang ramai yang mula beralih kepada pasaran kripto, jelas menunjukkan tidak mustahil dolar AS semakin kehilangan kedudukan sebagai matawang utama.

Bagaimanapun, aset BTC perlu disusun dengan lebih telus dan menjadi komponen dalam polisi pentadbiran seluruh dunia.

Sebelum ini pada November, Ketua Pegawai Pelaburan BlackRock, Rick Rieder meluahkan tanggapannya mengenai BTC yang berpotensi tinggi untuk menggantikan emas kerana fungsi Bitcoin yang lebih meluas.

Pada hujung 2019, BlackRock mencatatkan jumlah aset pengurusan bernilai $7.4 trilion.

Ketika penulisan, matawang Bitcoin didagangkan pada $18,981 susut 0.89% dalam tempoh 24 jam. Harga aset tersebut melonjak 37% dalam sebulan dan 154% sepanjang tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat