Dolar Aussie Dan Kiwi Mengukuh Sementara Pergerakan Matawang Utama Lain Perlahan

273

Dolar Australia terus meraih pengukuhan berbanding US dolar dengan diniagakan menghampiri paras tertinggi lima bulan berikutan perkembangan perdagangan yang positif dalam hubungan perdagangan AS dan China, sementara kebanyakan pergerakan matawang utama lain adalah perlahan pada permulaan cuti perayaan Krismas.

Dagangan kiwi turut mencatat peningkatan menuju ke paras tertinggi yang dicapai sejak Julai yang juga disokong oleh kelemahan data AS yang lemah dan sentimen positif perdagangan dua negara ekonomi gergasi dunia.

Sentimen risiko kekal hangat dengan dolar Amerika terus ditekan oleh kebimbangan mengenai perjanjian fasa pertama berikutan kekurangan maklumat yang jelas mengenainya meskipun ia dijangka akan ditandatangani pada Januari ini.

Selain itu, amaran China terhadap campurtangan AS dalam hal ehwal dalaman negaranya termasuk isu di Hong Kong dan Xinjiang yang mungkin menjejaskan hubungan antara dua negara itu turut membangkitkan kekhuatiran pasaran.

US dolar terus diniagakan mendatar berbanding yen manakala indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama meningkat sebanyak 0.06% kepada $97.73 pada sesi Eropah.

Sementara itu, matawang pound dan euro pula kekal diniagakan lemah berbanding beberapa matawang utama sehingga ke sesi Eropah. Pound terus menerima tekanan daripada tindakan PM UK Boris Johnson yang dilihat telah mencetuskan no-deal Brexit.

Dagangan minggu ini menyaksikan tiada data-data ekonomi tumpuan yang utama diterbitkan dan dijangka pergerakan harga dalam pasaran akan bergerak perlahan sepanjang minggu ini berikutan kebanyakan bank pusat bercuti sempena cuti perayaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat