Dolar Aussie Jatuh Menjunam Ke Paras Terendah 11 Tahun Terkesan Oleh Keputusan PBOC!

391

The People’s Bank of China (PBOC), hari ini memutuskan untuk menurunkan kadar utama pinjaman negara (LPR) 1 tahun sebanyak 10 mata asas kepada 4.05% manakala LPR untuk 5 tahun pula dikurangkan sebanyak 5 mata asas kepada 4.75%.

Tindakan ini sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran setelah negara itu sebelum ini ada menyatakan akan melakukan lebih banyak rangsangan fiskal dan monetari tambahan dalam usaha mengimbangi kesan ekonomi akibat coronavirus.

Susulan itu, dolar Aussie terus jatuh menjunam ke paras terendah terbaru dalam tempoh 11 tahun berbanding USD untuk diniagakan di sekitar paras 0.6648.

Terdahulu, data pekerjaan Australia bagi bulan Januari yang menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 5.3% daripada 5.1% pada bulan sebelumnya, juga telah mendorong penyusutan dolar Aussie.

Keputusan PBOC turut memberi kesan kepada dagangan kiwi untuk diniagakan menyusut berbanding USD menghampiri paras terendah tiga bulan.

Sementara itu, dolar USD melonjak menghampiri paras tertinggi 9 bulan berbanding safe-haven yen susulan jangkaan bahawa China akan terus mengambil langkah rangsangan telah meningkatkan selera risiko.

Sejak semalam, pasangan matawang USD/JPY telah mencatat peningkatan sekitar 170 pips sebelum susut sedikit untuk diniagakan di sekitar paras 111.10 pada sesi Asia.

Pengukuhan US dolar turut disokong oleh laporan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan ahli Federal Reserve (Fed) melihat dasar monetari mereka adalah bersesuaian untuk sementara waktu, selain turut menilai risiko domestik dan global yang boleh memperlahankan pertumbuhan A.S.

Selain itu, Jabatan Buruh A.S melaporkan bahawa harga pengeluar Amerika telah mencatat peningkatan tertinggi lebih daripada setahun pada bulan Januari disebabkan oleh kenaikan dalam kos sektor perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat