Dolar Aussie, Kiwi Mengganas!

239

Matawang Asia, dolar Aussie dan dolar New Zealand terus mempamerkan prestasi terbaiknya pada sesi dagangan hari ini dengan kekal didagangkan tinggi di sekitar tahap ketinggian 3 tahun.

Dolar Aussie mendapat dorongan untuk meningkat ke paras ketinggian terbaru pada awal sesi Asia setelah Australia memulakan program vaksin Covid-19 secara besar-besaran pada hari Isnin.

Bagaimanapun, pengumuman terbaru dari Perdana Menteri Australia, Scott Morrison boleh menimbulkan kebimbangan pasaran mengenai impak kepada pemulihan ekonomi di negara itu.

Morrison mengesahkan program sokongan pekerjaan sementara untuk pekerja yang terjejas akibat pandemik, akan tamat pada akhir bulan Mac sementara faedah pengangguran pula akan dinaikkan sebanyak $50 setiap dua minggu.

Sementara itu, dolar kiwi turut mengekalkan momentum pengukuhan, menyusuli peningkatan dolar Aussie, disokong oleh sentimen pasaran yang positif.

S&P meningkatkan penarafan kredit New Zealand kepada AA+ dari AA, kerana kejayaan negara itu yang pulih dengan cepat dari krisis pandemik berbanding kebanyakan negara maju yang lain.

Mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada hari esok akan menjadi tumpuan utama pasaran yang diramalkan akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat