Dolar Kanada gagal paparkan pengukuhan nilainya ketika data inflasi Kanada yang diterbitkan pada sesi New York semalam catat bacaan yang memberangsangkan.
Indeks harga pengguna (CPI) tahunan Kanada untuk bulan Julai meningkat 3.3% daripada 2.8% dan bacaan CPI bulanan juga turut meningkat.
Namun, mata wang CAD gagal untuk melonjak berikutan terkesan oleh kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran.
Pasaran minyak mentah global berdepan risiko susulan pergolakan ekonomi China ketika ini yang mengundang jangkaan penurunan pada permintaan.
Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga masih menunjukkan corak kenaikan yang sederhana sehingga mencapai kembali ke paras ketinggian 1.35000.
Dolar Kanada yang gagal mengukuh, dan US dolar pula yang masih berjaya mengekalkan pengukuhannya, mendorong corak harga yang menaik.
Harga kembali menguji semula paras 1.35000 yang merupakan rintangan penting turut diuji pada dagangan 8 Ogos lalu namun gagal menembusinya.
Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga mendatar perlahan di paras 1.35000 sejak sesi Asia hingga ke pembukaan sesi Eropah.
Pergerakan harga yang kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD terus memberi isyarat bullish, namun harga perlu melepasi dahulu rintangan 1.35000 untuk menyambung kenaikan seterusnya.
Jika berjaya melepasinya, kenaikan harga bakal menuju zon 1.36500 yang merupakan rintangan pernah diuji harga pada Jun yang lalu.
Namun, jika harga gagal untuk melepasi rintangan 1.35000, penurunan harga boleh berlaku semula dan menembusi sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish.
Penurunan awal harga dilihat akan menuju ke paras 1.34000 sebelum melanjutkan lagi penurunan ke paras lebih rendah sekitar 1.33000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG