Dolar Kekal Momentum Kenaikan, Pasaran Saham Melantun Ekoran Faktor Inflasi AS

285

Dolar Amerika Syarikat (AS) meneruskan momentum menaik selepas bacaan inflasi AS kekal kukuh dalam tempoh lebih 3 dekad sementara pasaran ekuiti melantun atas jangkaan harga pengguna yang tinggi akan membantu pertumbuhan korporat.

Indeks dolar yang mengukur mata wang US dolar mencanak ke paras tertinggi selepas lonjakan harian terbesarnya sejak Mac berikutan kenaikan dalam data harga pengguna AS yang lebih tinggi dari jangkaan.

Indeks CPI mencatat keuntungan bulanan terbesar dalam tempoh 4 bulannya dengan kenaikan kadar inflasi tahunan pada 6.2%.

Euro jatuh $1.15 kepada $1.12, walau bagaimana pun saham Eropah menyaksikan pergerakan tinggi kerana potensi peningkatan daya saing.

Indeks MSCI dunia meningkat 0.07% mengikuti kenaikan di pasaran Wall Street sementara indeks STOXX 600 Eropah mencanak 0.32% semasa sesi penutupan.

Indeks Dow Jones Industrial Average merosot 0.44% manakala S&P 500 menaik 0.06% dan Nasdaq Composite bertambah 0.52% pada sesi penutupan.

Dalam pada itu saham China dan Jepun turut meningkat.

Pasaran China melonjak kerana gergasi hartanah Evergrande berjaya mengelak status ‘default’ selepas berjaya membayar kupon bon mereka sementara Nikkei Jepun naik dek dibantu oleh kelemahan mata wang Yen serta pengeksportan.

Saham cip biru China naik 1.6% seiring Evergrande yang mencatat kenaikan pada 7%. Nikkei Jepun naik 0.6% sementara Yen melemah pada 114.15 setiap dolar daripada nilai terkuatnya pada 112.73 di awal minggu ini.

Saham Tesla jatuh 0.4% selepas CEO Elon Musk menjual kira-kira $5 bilion beberapa hari lalu telah menyaksikan saham Tesla merudum 13% secara keseluruhannya pada minggu ini.

Sementara itu, saham Walt Disney jatuh 7.1% mendahului penurunan dalam kalangan komponen Dow dan S&P 500 kerana laporan langganan Disney+ mencatat keuntungan yang lemah.

Emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 5 bulan pada $1,868.20 semalaman sebelum susut pada Khamis dan niaga hadapan emas AS pada bulan Disember dijangka 0.8% lebih tinggi pada $1,863.90 per auns.

Harga minyak naik $83 setong sebelum menurun sedikit kerana pasaran bergelut dengan dolar yang mengukuh dan kebimbangan mengenai inflasi AS.

Harga minyak mentah Brent naik 23 sen pada $82.87 setong dan harga minyak mentah AS meningkat 25 sen pada $81.59 setong.

Bitcoin mencatat rekod baru pada $69,000 sebelum jatuh 0.19% pada $65,046.30.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat