Dolar Kembali Susut Tapi Berjaya Ke Ekuiti Curi Peluang?

149

Sungguhpun US dolar mengalami sedikit penurunan, ia dilihat gagal membantu ekuiti melonjak dengan ketidaktentuan prospek kenaikan kadar faedah semakin besar.

Ketika sesi dagangan Eropah, dolar alami kejatuhan ekoran berita di China yang melaporkan dasar sifar Covid-19 bakal ditamatkan dan diganti dengan langkah pencegahan baru.

Namun, kerugian diterbalikkan semasa sesi New York selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengatakan bahawa perang antara Rusia-Ukraine dijangka akan berlarutan untuk tempoh masa yang lama selepas mengeluarkan amaran akan menggunakan senjata nuklear sebagai pertahanan.

Berita-berita itu diapit dengan kebimbangan terhadap persoalan tentang kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) minggu depan yang menambah ketidaktentuan pasaran, sekaligus menekan turun ekuiti.

Indeks-indeks utama Wall Street memperlihatkan Dow Jones Industrial mendatar sementara S&P 500 hilang 0.19% dan Nasdaq Composite turun 0.51%.

Indeks STOXX 600 Eropah ditutup rendah 0.62%, penurunan 4 sesi berturut-turut tatkala tolok MSCI global susut 0.42%.

Sesi dagangan Asia pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun turun 0.45%, Topix jatuh 0.47%, S&P/ASX 200 Australia susut 0.26% sementara Kospi Korea Selatan dan Kosdaq mendatar.

Buat masa ini pelabur masih berteka-teki dengan prospek kenaikan kadar berdasarkan komen dovish Jerome Powell minggu lepas tetapi data-data ekonomi dinilai memberi ruang kepada Fed untuk melaksanakan dasar pengetatan agresif.

Semalam juga bank pusat Kanada (BOC) telah melaksanakan kenaikan 50 mata asas ke paras 4.25% sementara mesyuarat polisi oleh Fed, Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) dan European Central Bank (ECB) dijadualkan minggu depan.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan AS turut alami kejatuhan dengan penanda aras 10 tahun susut 9.2 mata ke paras terendah 3 bulan pada 3.421% dengan penyongsangan keluk yang menjadi pengukur kemelesetan membesar -84.5 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat