Dolar Loonie Makin Lemah! Apa Kes Ni?

217

Kelemahan dolar loonie berterusan selepas minit mesyuarat FOMC memberi kekuatan kepada greenback untuk meraih pengukuhan.

Federal Reserve (Fed) telah memberi indikasi bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah lebih awal pada tahun ini sekiranya pasaran pekerjaan terus menunjukkan peningkatan yang berterusan.

Sejajar dengan itu, dolar loonie kembali memadamkan keuntungannya dengan didagangkan lebih rendah pada sekitar harga 1.2800 berbanding US dolar.

Dalam pada itu, pergerakan mata wang komoditi itu turut dipengaruhi oleh dagangan minyak mentah yang mencatat penyusutan dari paras tertinggi satu bulan yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Kemerosotan harga minyak didorong oleh bacaan data yang mengecewakan dalam laporan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Terbaharu, EIA melaporkan stok minyak mentah AS jatuh pada minggu lalu, tetapi inventori petrol melonjak lebih 10 juta tong menjadikannya sebagai kenaikan mingguan terbesar sejak April 2020.

Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda-tanda pengurangan permintaan berikutan orang ramai berhati-hati untuk melakukan perjalanan berikutan peningkatan kes varian Omicron.

Tumpuan pasaran kini disasarkan kepada penerbitan data pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan bersama laporan NFP AS pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat