Teresa Goody Guillén, seorang veteran Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) adalah antara calon yang dipilih oleh Presiden Donald Trump bagi mengetuai jabatan SEC berpotensi akan membawa perubahan dalam pendekatan mata wang kripto.
Beliau adalah rakan kongsi di firma guaman BakerHostetler dan juga ketua bersama dalam pengurusan blockchain firma tersebut.
Kebanyakan syarikat kripto memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk mengetuai kerana pengalamannya dalam mewakili syarikat blockchain serta firma Wall Street menentang agensi SEC sebelum ini.
Menurut pengasas bersama Masa Finance, Brendan Playford berkata Teresa adalah calon terbaik daripada semua orang yang sedang difikirkan dan beliau mampu membuat perubahan segera kepada SEC.
Goody Guillén memasuki senarai pendek kompetitif untuk menggantikan Pengerusi SEC Gary Gensler, yang bakal meletakkan jawatannya sebelum pelantikan Trump pada 20 Januari.
Pengerusi SEC secara umumnya meletakkan jawatan semasa peralihan pentadbiran baharu. Semasa kempen, Trump berikrar untuk memecat Gensler pada hari pertama jawatan presidennya.
Beberapa lagi individu berpotensi bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut seperti rakan kongsi Willkie Farr & Gallagher LLP iaitu Robert Stebbins, rakan kongsi Paul Hastings iaitu Brad Bondi, bekas pesuruhjaya SEC iaitu Paul Atkins, Ketua Pegawai Undang-undang Robinhood iaitu Dan Gallagher dan bekas pemangku Pengawal Mata Wang iaitu Brian Brooks.