Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata bahawa tarif oleh Presiden Donald Trump boleh memburukkan lagi inflasi jangka panjang jika rakan perdagangan global memberi reaksi dengan lebih tinggi.
Tindakan tersebut bakal mencetuskan masalah dan negara-negara lain juga akan mengenakan tindak balas yang semakin meningkat serta mencetuskan semua kebimbangan inflasi.
Sebelum ini, penggal pertama Donald Trump telah menetapkan dasarnya dengan mencetuskan perang dagangan dengan China apabila dia mengenakan beberapa cukai import ke atas barangan produk gergasi Asia itu dan mereka bertindak balas dengan menetapkan tarif sendiri ke atas Amerika Syarikat (AS).
Pada penggal kali ini, Trump bercadangan untuk mengenakan tarif lebih luas ke atas semua negara dan China akan dinaikkan setinggi 60%.
Ahli ekonomi, penganalisis Wall Street dan pemimpin industri telah berulang kali menyatakan kebimbangan terhadap kesan inflasi daripada pendekatan perdagangan garis tegar itu terutamanya kerana inflasi baru sahaja mula reda daripada kemuncak era pandemiknya.
Kata Kashkari, Fed telah berusaha sehabis baik sepanjang tahun untuk menurunkan inflasi dan sasaran 2% masih berada pada landasan yang benar.
Pada Khamis minggu lepas, Fed melaksanakan pemotongan kadar untuk dua kali berturut-turut dalam usahanya melonggarkan dasar monetari di saat inflasi sedang menuju sasaran.
Beliau berkata Fed mungkin akan meneruskan pemotongan kadar seterusnya pada bulan Disember tetapi ia akan bergantung pada keadaan data ekonomi semasa dan kebimbangan politik.