Donald Trump Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah, NFT Trump Meroket 400%!

958

“Pasaran NFT macam hambar je tapi NFT Trump ni aktif juga ye.”

Beberapa minit selepas perbicaraan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) di mahkamah Manhattan, jualan koleksi non-fungible token (NFT) beliau, iaitu Digital Trading Card Trump berjaya menggunung sebanyak 400%.

Donald Trump mengaku tidak bersalah terhadap kesemua dakwaan yang dikenakan ke atasnya melibatkan skandal pilihan raya Presiden 2016 dahulu.

Secara konteks, Trump adalah presiden pertama AS yang menghadapi tuduhan jenayah atas kesalahan menganjurkan rancangan untuk mempengaruhi perlumbaan Presiden 2016 melalui kaedah “hush money”*.

*Ganjaran dibayar kepada seseorang untuk menghalang mereka daripada mendedahkan maklumat yang memalukan atau memburukkan nama

Berbalik pada penerangan, pemilik Digital Trading Card Trump telah menjual sebanyak 30 token dalam sejam pertama selepas Trump menampilkan diri di mahkamah, di mana beliau memperoleh keuntungan lebih 450%.

Meskipun begitu, kenaikan harga tersebut masih tidak ketara jika dibandingkan semasa pelancaran NFT itu pada Disember tahun lepas apabila 45,000 unit koleksi digital telah habis dijual sepenuhnya dalam beberapa jam sahaja menghasilkan jualan $3.53 juta.

Sementara jualan NFT tersebut dimaklumkan mencapai $50,000 setelah terdapat pengumuman yang menyebut bahawa Trump telah didakwa.

Dapat diterangkan di sini, Trump memperkenalkan kempen NFT trading Card pada harga $99 setiap unit semasa pengumuman rasmi kempen presiden 2024 dan ia turut tawarkan pelbagai utiliti seperti cabutan bertuah, panggilan Zoom bersama atau bermain golf bersama bekas presiden itu.

Pada masa ini, harga semasa Digital Trading Card Trump kekal tidak berubah pada 0.5 Ethereum (ETH) bernilai $938.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat