Akhirnya, keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 telah terjawab.
Calon parti Republikan, Donald Trump yang juga bekas Presiden AS yang ke-45 telah menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat, Kamala Harris.
Berdasarkan kiraan, Trump mendapat lebih 68 juta undian mengalahkan Harris untuk 63 juta undian.
Dengan ini sekali lagi menobatkan beliau sebagai Presiden AS yang ke-47 selepas pernah memegang jawatan itu pada tahun 2017 yang lalu sebelum pilihan raya seterusnya tewas kepada Joe Biden.
Trump berjaya memenangi undian di kesemua negeri penentu iaitu Georgia, North Carolina, Pennsylvania, Wisconsin, Nevada, Michigan dan Arizona.
Ini boleh dikatakan kekalahan terburuk bagi parti Demokrat apabila tewas di kesemua 7 negeri penentu tersebut.
Selain itu juga, Republikan juga telah berjaya menguasai Senat AS dengan kemenangan yang dicatatkan di Virginia Barat serta Ohio, mengesahkan penguasaan sekurang-kurangnya 1 kerusi di Kongres tahun hadapan oleh parti pimpinan Trump itu.
Republikan juga turut memenangi perlawanan menguasai Dewan Perwakilan.
Donald Trump telah menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya di Pusat Konvokesyen West Palm Beach, meraikan kemenangan beliau lebih awal pada acara pilihan raya kali ini.
Selain memuji Elon Musk yang menjadi antara ‘orang kuat’ beliau dalam pilihan raya kali ini, Trump berjanji akan membantu rakyat yang miskin dan meyakinkan bahawa tidak akan berlaku perang sepanjang penggal pemerintahannya.