Dua Bacaan Data Berbeza, Dolar Aussie Pilih Untuk Menjunam

309

Data pekerjaan Australia terus menunjukkan bacaan yang memberangsangkan pada bulan Jun, mencerminkan momentum pemulihan ekonomi yang berterusan sebelum negara itu melaksanakan penutupan coronavirus.

Menurut data yang diterbitkan Biro Statistik Australia (ABS) pada sesi Asia, kadar pengangguran turun kepada 4.9% daripada 5.1% pada bulan Mei, dan berbanding jangkaan tidak berubah oleh pasaran.

Selain tu, ekonomi Australia juga dilaporkan telah menambah sebanyak 29,100 pekerja, didorong oleh peningkatan dalam pekerjaan sepenuh masa, melebihi jangkaan untuk kenaikan hanya 20,000, sementara kadar penyertaan pula adalah 66.2%.

Bagaimanapun, dolar Aussie gagal memberi reaksi terhadap bacaan positif ini, dihimpit oleh prospek yang suram terhadap pemulihan susulan kebangkitan semula kes Covid-19 sehingga memaksa sekatan dilaksanakan di sebahagian besar negara itu.

Sementara itu, bacaan mengecewakan dalam data ekonomi China turut menekan dolar Aussie untuk menyusut lebih rendah pada sesi Asia.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dilaporkan meningkat 7.9% pada suku kedua 2021, berbanding jangkaan 8.1% dan bacaan 18.3% sebelumnya.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemulihan di ekonomi kedua terbesar di dunia adalah lebih lemah daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat