Dua Faktor Berpontensi Menekan US Dolar Beberapa Bulan Akan Datang

42

Dua perkara yang dijangka dapat melemahkan matawang U.S ialah perkembangan terkini dalam pembaharuan sistem percukaian U.S dan calon pengganti Presiden Fed, Jannet Yellen.

” Keputusan terhadap 2 perkara utama ini dijangka dapat memberi impak kepada matawang U.S dolar di amsa hadapan. ” Kata pengerusi dagangan forex Citi.

Antara nama yang kerap disebut sebagai pengganti Janet Yellen ialah Kevin Warsh, yang merupakan bekas ahli Fed. Beliau dilihat sebagai pembuat dasar yang hawkish iaitu mendukung penuh peningkatan kadar faedah.

Namun berdasarkan Stephen Gallo, ketua strategi forex di Montreal Bank berpendapat, calon yang tidak lihat begitu hawkish akan menduduki kerusi tersebut.

”Jika ketepikan sebentar tumpuan siapakah pengganti Fed, tanda jelas yang dapat melemahkan U.S dolar dalam jangka masa sederhana ialah polisi pengurangan pembelian bon (tapering quantitative easing) oleh bank pusat Eropah (ECB). Saya percaya bahawa ECB sedang dalam proses untuk mengetatkan polisi, yang akan meningkat matawang euro berbanding dolar.” lanjut Gallo.

Dua minggu lepas Presiden Donald Trump mengeluar kenyataan bahawa beliau akan membuat pengumuman calon pilihan beliau yang akan menggantikan Yellen. Trump juga berjanji akan membawa perubahan besar dalam sistem percukaian U.S.

Di bawah pelan ini juga, cukai korporat akan dikurangkan daripada 30% (kadar paling tinggi di dunia) kepada 20%. Presiden sebelum ini berjanji akan mengurangkan cukai korporat kepada 15%, jadi kadar pemotongan kepada 20% bukanlah satu kejayaan besar, tidak menyokong peningkatan pasaran ekuiti lebih tinggi.

Bagi Gallo, potongan cukai yang besar akan menyebabkan defisit fiskal semakin tinggi dan dapat melemahkan matawang U.S dolar.

Kadar cukai korporat yang rendah akan menjana pelaburan perniagaan yang dapat memberi kesan terhadap peningkatan inflasi. Firma akan lebih mengutamakan pelaburan dalam penggunaan mesin yang akan menyebabkan gaji pekerja tidak dapat ditingkatkan.

Namun jika agihan cukai itu dijalankan dengan baik, U.S dolar mungkin akan menguat berbanding enam matawang utama yang lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat