Dua Kaunter Bakal Menjadi Fokus Pelabur Pada Minggu Ini

341

Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini susulan peningkatan semula kes harian Covid-19 ke angka melebihi 17,000 dan mengakibatkan sentimen pasaran terganggu.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 5.66 mata kepada 1,494.6 berbanding 1,500.26 ketika ditutup pada Selasa.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih rendah kepada 1,497.28.

Melihat kepada pasaran menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 391 daripada 63, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,537 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Menurut sumber, saham Asia susut disebabkan oleh kebimbangan terhadap penularan varian Delta yang pantas telah menyangkal harapan untuk pemulihan ekonomi.

Malacca Securities menyatakan dengan peralihan fasa di negeri Perlis, Sarawak dan Labuan ke fasa tiga Pelan Pemulihan Nasional pada hari ini serta musim perolehan sedikit sebanyak akan menyokong sentimen pasaran untuk meningkat.

Selain itu, ia menjangkakan bahawa minat belian akan muncul di kaunter teknologi pada sesi ini.

“Jangkaan terhadap pemulihan kepada sektor pembuatan solar dan plastik juga dijangka akan berkekalan pada masa terdekat ini,” tambahnya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB masing-masing susut empat sen kepada RM8.01 dan RM9.69, manakala Public Bank turun dua sen kepada RM3.98 dan IHH Healthcare jatuh lima sen kepada RM5.72.

Seterusnya, CIMB merosot tiga sen kepada RM4.51 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada harga RM8.06.

Bagi saham aktif, Advance naik 1.5 sen kepada 18 sen, PUC turun satu sen kepada 17.5 sen, manakala MAG naik setengah sen kepada 19 sen dan Alam Maritim tidak berubah kepada 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 48.28 mata kepada 10,976.13, Indeks FBMT 100 turun 46.85 mata kepada 10,689.99 dan FBM ACE susut 78.64 mata kepada 7,039.09.

Indeks FBM Emas Shariah turun 48.86 mata kepada 12,055.42 dan FBM 70 merosot 88.48 mata kepada 14,564.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 54.85 mata kepada 14,736.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.76 mata kepada 187.8 dan Indeks Perladangan turun 14.25 mata kepada 6,073.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat