ECB Hawkish Atau Dovish? Lihat Jangkaan Pergerakan Carta EUR/USD

457

Menjadi tumpuan pada sesi Eropah pada Khamis semalam, keputusan mesyuarat bank pusat Eropah telah mempengaruhi pergerakan mata wang Euro menuju dagangan penghujung minggu.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.0% dan juga mengekalkan program pembelian bon kecemasan pada kadar €1.85 trilion sehingga sekurang-kurangnya Mac 2022, namun akan meneruskan pada ‘kadar lebih perlahan’.

Situasi ini dinilai tidaklah begitu positif oleh penganalisis pasaran disebabkan walaupun kadar pembelian bon tersebut dikurangkan, tetapi akan memanjangkan pelaksanaan program ini untuk tempoh lebih lama.

Sementara itu, momentum pengukuhan US dolar mula pudar menuju penghujung minggu susulan kejatuhan semula hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) ke paras 1.30%.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, paras penting 1.18000 masih berjaya menyokong harga daripada susut lebih rendah.

Selepas kenaikan harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan mencapai ketinggian sekitar 1.18400, harga susut menuju paras 1.18000 susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat ECB.

Namun penurunan lebih rendah tidak berjaya diteruskan sebaliknya harga pantul semula membuat kenaikan sebelum menutup dagangan lebih perlahan di penghujung sesi New York di sekitar paras 1.18240.

Dengan keputusan mesyuarat ECB yang dilihat lebih dovish, harga berkemungkinan akan membuat cubaan penurunan untuk melepasi support 1.18000 sebelum menutup dagangan minggu ini.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke paras sokongan 1.17000 pada dagangan yang bersambung pada minggu berikutnya sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula mengambil kesempatan terhadap tekanan Euro.

Sebaliknya jika paras 1.18000 berjaya menyokong kenaikan semula harga, melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan harga bakal menuju semula ke paras 1.19000 untuk menguji zon rintangan tersebut yang dicapai pada kenaikan sehingga penghujung minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat