Mata wang Euro melonjak pada sesi New York semalam susulan reaksi positif terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Eropah yang terbaru.
European Central Bank (ECB) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00%, menunjukkan pengetatan dasar masih diteruskan bank pusat dalam usaha menurunkan paras inflasi.
Kenyataan susulan oleh Presiden ECB Christine Lagarde jelas bernada hawkish apabila menyatakan akan berlaku kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Julai, dan beberapa lagi kenaikan selanjutnya.
Seperti bank-bank pusat yang lain pada minggu lalu dan juga Federal Reserve (Fed), kebanyakannya masih mengekalkan objektif untuk menurunkan inflasi walaupun Fed menghentikan seketika kenaikan kadar faedah.
US dolar walau bagaimanapun bergerak lemah pada sesi New York semalam ketika beberapa data ekonomi Amerika diterbitkan, kembali memberi ruang untuk mata wang utama lain mengukuh lagi terutama Euro.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-kenapa-usd-junam
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi semalam dengan kenaikan harian sekitar 140 pips berjaya dipamerkan.
Pada mulanya harga berlegar di atas zon 1.08000 sebelum kenaikan awal bermula di sesi Eropah sebelum lonjakan lebih bertenaga menyambung pada sesi berikutnya sehingga harga berjaya melepasi zon tumpuan 1.09000.
Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang belum menunjukkan petanda untuk harga berubah arah.
Justeru, selepas harga capai ketinggian sekitar 1.09500, kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk menuju pula paras tumpuan pada 1.10000.
Namun perlu diingatkan bahawa mesej hawkish oleh Fed sebelum ini boleh mengundang pengukuhan semula US dolar pada bila-bila masa.
Harga berisiko untuk alami kejatuhan semula, namun pelabur akan perhatikan isyarat perubahan trend seperti penurunan harga di bawah paras sokongan MA50.
Melepasi paras 1.08000 akan menguatkan lagi jangkaan penurunan lebih rendah buat harga dengan sasaran untuk menuju hingga sekitar 1.07000 atau 1.06000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG