ECB Pula Beri Isyarat Macam Tu, Memang Meranalah Euro!

685

Euro terus melemah ke paras terendah empat minggu berbanding dolar greenback susulan isyarat yang diberikan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) untuk pelonggaran monetari lebih lanjut pada akhir tahun ini.

Pada mesyuarat polisi terbaru pada Khamis, ECB mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan memberi indikasi bahawa mereka komited untuk mengekang kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi dari gelombang kedua Covid-19 dengan bertindak balas lebih agresif pada mesyuarat bulan Disember.

Presiden ECB, Christine Lagarde mengatakan bahawa bank pusat akan mengkalibrasi semula semua alat dasar monetarinya yang ada untuk mengatasi kesan negatif terhadap ekonomi disebabkan wabak pandemik tersebut.

Penyusutan dagangan euro mendorong kenaikan US dolar mengampiri paras tertinggi empat minggu berbanding sekumpulan matawang utama, selain turut disokong oleh data ekonomi AS.

Pemulihan dalam ekonomi Amerika Syarikat pada suku ketiga yang lebih kuat daripada jangkaan telah membantu mendorong matawang US dolar dan saham lebih tinggi.

Ekonomi AS meningkat pada kadar 33.1% tahunan pada suku ketiga, lebih baik daripada jangkaan 32%. Kegiatan pengguna yang lebih kukuh dan pelaburan perniagaan dan kediaman membantu mendorong lonjakan setelah mencatatkan penguncupan 31.4% pada suku kedua.

Bagaimanapun, ketidakpastian mengenai pilihan raya presiden AS pada minggu depan dan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 terus menekan sentimen dalam pasaran.

Kes global buat pertama kalinya meningkat lebih 500,000 ketika Perancis dan Jerman mula melaksanakan semula penutupan pada minggu depan. Amerika Syarikat juga berdepan tekanan peningkatan kes di 47 buah negara, dengan pesakit memenuhi hospital di seluruh negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat