ECB Putuskan Untuk Kekalkan Kadar Faedah Pada Kadar Yang Sama!

265

Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan kadar faedahnya pada paras 0.00% pada hari Khamis dan dalam masa yang sama mengumumkan peninjauan dasar strategik pertama sejak tahun 2003.

Berdasarkan kenyataan, ECB, Majlis Pimpinan memutuskan untuk melancarkan peninjauan semula strategi dasar monetari ECB dimana ia akan diterbitkan pada hari ini juga.

Dengan ini ECB telah menepati ikrar mereka untuk mengekalkan kadar faedah atau mengurangkannya dan dalam masa yang sama meneruskan pembelian bon sebanyak 20 billion euro setiap bulan sehinggalah kadar inflasi melonjak kembali kepada menghampiri paras sasaran iaitu pada 2%.

Ahli Majlis Pimpinan ECB menjangkakan kadar faedah utama akan kekal pada tahap sekarang atau rendah sehingga ia melihat prospek inflasi dalam zon Eropah “cukup dekat dengan, tetapi di bawah 2%”.

Kenyataan itu tidak berubah dari bulan Disember, membawa indikasi bahawa penstabilan dalam data ekonomi zon euro masih tidak mencukupi untuk mendorong ECB.

Setakat ini tumpuan pasaran beralih kepada sidang media Presiden Christine Lagarde, di mana beliau akan mengumumkan peninjauan strategik pertama tersebut.

Para pelabur akan meneliti petunjuk sama ada peninjauan strategik semula itu akan menunjukkan Lagarde mengikuti jejak langkah pendiri terdahu dalam pengamalan polisi atau tidak. Dengan keputusan hari Khamis, kadar semalaman bank ECB, yang kini merupakan alat kadar faedah utama, kekal pada paras rendah -0.50%.

Kadar pembiayaan semula utama, yang menentukan kos kredit dalam ekonomi, kekal tidak berubah pada 0.00% sementara kadar pada kemudahan pinjaman kecil – kecemasan kadar pinjaman semalaman untuk bank – kekal pada 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat